Seminar Teknik Belajar


Home
PELAKSANAAN
Program Kami
Profil
Slide Preview

Program Kami

Seminar yang diadakan akan menumpukan kepada teknik menghafal yang berkesan dan juga kaedah pembelajaran yang terbaik. Pelajar bakal didedahkan dengan kepentingan teknik berkenaan dan cara bagi mengaplikasikannya.



Kami berpengalaman dalam mengadakan seminar ini dibeberapa buah sekolah sekitar Pulau Pinang dan Kedah termasuk di Pulau Langkawi.



Bayaran yang bakal dikenakan adalah RM5 bagi setiap pelajar dimana bayaran ini akan digunakan menampung kos bahan yang bakal digunakan dalam seminar berkenaan.



Pada kebiasaannya, kami mengadakan program ini pada hari Sabtu bagi mengelakkan gangguan kepada jadual pembelajaran biasa.



Antara pelajar yang terlibat untuk mengadakan seminar ini adalah dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga pelajar-pelajar kolej-kolej lain yang sedang menjalankan persediaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pe;ajar yang menduduki SPM pada tahun 2007 dimana kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).



Seminar ini menumpukan kepada pelajar pada tahap dua sekolah rendah. Seminar yang diadakan pada pelajar tahun empat akan lebih menumpukan kepada peralihan cara pembelajaran pada tahap yang berbeza. Manakala, untuk tahun lima dan enam, seminar yang diadakan akan lebih tertumpu kepada persediaan bagi menghadapi UPSR.



BAgi pelajar yang telah menduduki UPSR, kami akan menumpukan kepada peralihan sistem pembelajar rendah kepada sistem pembelajaran menengah. INi bagi membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru apabila memasuki tingkatan satu. Program ini juga dapat dianggap sebagai program pengisian selepas peperiksaan UPSR.



Antara sekolah yang telah kami adakan program ini adalah :

i)SK Sungai Dua, Pulau Pinang

ii)SK Taman Senangan, Pulau Pinang

iii) SK Langkawi, Kedah

iv) SK Kelibang, Langkawi



Bagi mana-mana sekolah yang berminat dengan program ini, sila hubungi:

Qusyairi Hashim (019-5149079)

(qusyairihashim@yahoo.com)